Atlantis.... Atau ada jugak yang menyebut Lemuria.... Satu tamadun kuno yang dikatakan
melebihi kehebatan tamadun
sekarang.... Juga dikatakan tamadun paling awal dalam sejarah kehidupan
manusia... Banyak misteri yang berkaitan Atlantis cuba diselidik dan
dikaji kerana melibatkan sejarah kehidupan awal di bumi.... Banyak yang
masih menjadi tanda tanya....di mana terletaknya Atlantis...Bangsa mana
yang memerintah Atlantis... Siapakah Raja Atlantis.... Kali nie aku bagi la sikit berkenaan Atlantis setakat yang aku tau...
Sebelum nak bercerita panjang lebar berkenaan Atlantis....
Korang kenala mengosongkan minda yang kusut masai dan serabut dengan
hal-hal korang yang masih tak siap tu..... Banyak yang perlu disedarkan
dan di refreshkan balik..... Pertamanya..... Pasal peta dunia.... Peta
dulu bukan macam sekarang ok.... Benua pada zaman dulu kemungkinan besar
tidak sebanyak tujuh benua... Mungkin hanya ada satu benua besar
sahaja!
Bukan seperti ini... |
Yang keduanya.... saiz manusia....
Tidak sekecil kita macam sekarang nie... Ada pelbagai saiz mengikut
bangsa pada zaman itu..... Contoh utama...saiz Nabi Adam a.s....
Setinggi pokok kelapa!! So.....refresh balik ilmu-ilmu moden yang
korang belajar kat sekolah tu.... Bukak kitab-kitab lama....Bukak
inskripsi lama.... Bukak hikayat-hikayat lama....:)
Pada zaman itu...kemungkinan ada
kerajaan-kerajaan jin yang bekerjasama dengan golongan manusia seperti
kita..... Tidak seperti zaman sekarang...dua dunia dimensi berbeza
dipisahkan.... Kalau tidak....tidak wujud la kerajaan Nabi Sulaiman a.s
kan? Tak faham? Bukak Quran.... baca! :)
Segala-galanya berubah ketika lahirnya
Nabi Muhammad s.a.w.... Atau pun ketika Rasulullah naik ke langit dalam
peristiwa Lailatulqadar.... Segala kerajaan jin di langit
diruntuhkan....segala kerajaan jin di bumi dihilangkan dari dunia
manusia... betulkan aku kat sini kalau silap... Tapi itulah yang aku tau
dari pembacaan...
So.....ingat....Atlantis wujud
pada zaman sebelum wujudnya Nabi Muhammad s.a.w...sebelum wujudnya
kerajaan Rom....Sebelum wujudnya kerajaan Nabi Sulaiman a.s.... Sebelum
wujudnya Nabi Ibrahim a.s.... Bapa segala bangsa yang ada di dunia
sekarang nie... Dipercayai...wujudnya kerajaan Atlantis ketika sebelum
dan pada zaman Nabi Nuh a.s!
Hilangnya kerajaan Atlantis kerana
bencana besar yang menimpa bumi nie....Banjir besar pada zaman Nabi Nuh
a.s.... Mungkin berpunca dari letusan gunung berapi yang amat kuat
sehinggakan menghasilkan gempa bumi yang kuat....dan seterusnya
menghasilkan tsunami gergasi... Dari situ jugak... peta dunia berubah
secara drastik.... Benua-benua terbentuk... Dan mungkin terhasil lebih
kurang seperti peta hari ini.... Contoh perubahan geografi dunia kerana
bencana alam....Di Aceh beberapa tahun yang lepas... Persoalannya.....
di mana Atlantis terletak?
Aku dulu-dulu percaya cerita yang
mengatakan Atlantis terletak di Segitiga Bermuda..... Aku pun tak tau di
mana Segitiga bermuda tu... Sampai la aku start minat membaca berkenaan
hal nie.... Tapi aku rasa macam pelik... Sebab itu semua macam tak
logik! Takde bukti asas langsung! Lepas tu...aku perasan akan kewujudan
Lautan Atlantis.... Apa kaitannya? Sape yang bagi nama Lautan tu bernama
Atlantis?
Mungkin sebab kaitan dengan kedudukan
geografi Segitiga Bermuda tu kot.... Ok....abaikan... Tapi aku
terfikir.... Jika ada benarnya tamadun Atlantis tu hebat....Mesti akan
ada monumen yang hebat-hebat telah dicipta kan? Mesti ada kemahiran dan
pengetahuan berkenaan hal-hal ketamadunan kan? Jika benar lah Atlantis
adalah tempat asal Nabi Nuh dulu....maka ada benarnya la yang
pengetahuan manusia yang terselamat dalam peristiwa banjis besar tu ada
sedikit pengetahuan dari tanah asalnya, Atlantis kan?? Logik kan? So....
dari banyak-banyak monumen atau bangunan lama yang tersebar di dunia
nie.... bentuk apa yang paling banyak kesamaan? BENTUK PIRAMID!
Yang nie di China... |
Monumen berbentuk piramid ada di
mana-mana.... Di Mesir (Piramid yang femes tu)...Di benua Amerika
Selatan (kaum Mayan dan Aztec).. Di China (Gambar di atas).... Di Eropah
(Di Bosnia..segala penggalian dihentikan oleh kuasa besar
dunia...kenapa ek?).... Di Jepun (Yang kat dasar laut tu).... Tidak lupa
juga di Asia tenggara! Malah yang menariknya.... Ada satu monumen
piramid yang tidak dihebohkan... Masih di peringkat penyiasatan
lanjut.... Di kawasan Pentas Sunda! Di mana Pentas Sunda tu? Di Asia
Tenggara....Di Nusantara!
Tarak bukti? Sape kata..... Aku bagi dua nama pengkaji berkenaan arkeologi terulung...STEPHEN OPPENHEIMER dan PROF ARYSIO SANTOS.... ada lagi.... Professor Robert Schoch dalam
kajian beliau ada menyatakan bahawa sebenarnya ilmu pembinaan piramid
bukanlah asli dari Mesir tetapi sebaliknya milik bangsa yang lebih tua
yang berasal dari timur di sebuah benua yang telah tenggelam. Menurut
beliau lagi Sundaland (Pentas Sunda) yang tenggelam lebih kurang 70000
tahun yang lalu telah memperlihatkan penghijrahan satu kaum yang maju
yang membawa ilmu pembinaan piramid ke serata dunia termasuklah Mesir.
Nak bukti lagi? Ok.... ada satu maklumat berkenaan satu piramid yang dijumpai di Indonesia....Gunung Lalakon, Bandung.
Menurut para pengkaji ahli arkeologi Indonesia.... setelah mereka
mengadakan unjian batuan secara saintifik mereka mendapati dibawah
permukaan Gunung lalakon terdapat bentuk batu-batuan yang seakan-akan
dibina manusia dan bukan terbentuk secara semulajadi....Jika ini benar
bermakna Gunung Lalakon adalah salah satu piramid yang terbesar dan
tertinggi di dunia!!! ... Pasukan yang digelar Turangga Seta ini
mendakwa masih ada ratusan piramid lain yang tersebar di seluruh
Indonesia...Mereka mengatakan bahwa piramid-piramid itu tersebar di
Sumatera, Jawa, Bali, Kalimantan, Sulawesi dan Papua....Secara
geomorfologis, bentuk Gunung Lalakon di Bandung mahupun Gunung Sadahurip
di Garut memang memiliki bentuk yang mirip dengan piramid....Mereka
memiliki empat sisi yang ternyata simetri..... nak bukti lagi? Sila la
baca dan kaji...:)
Gunung lalakon... |
Punden berundak di Jawa Barat |
Ok....itu pasal monumen.... Kali nie
berkenaan penulisan....atau bahasa terawal.... Dalam kajian pakar
sejarah...tulisan terawal mestilah tulisan yang paling ringkas dan
tulisan yang paling mudah untuk ditulis.... Selepas beberapa puluhan
tahun depa mengkaji....akhirnya mereka menjumpai satu tulisan yang
sangat simple dan paling asas bentuknya.... TULISAN RENCONG.... Selepas dikaji dengan mendalam.... tulisan itu asalnya dari Nusantara!
Banyak lagi bukti-bukti lain yang
menunjukkan bukti bahawa ketamadunan manusia sebenarnya muncul dari satu
kawasan yang sama.....NUSANTARA! Tapi kenapa ahli arkeologi kita senyap
tanpa berita?? Atau siapa yang cuba sembunyikan kebenaran di sebalik
sejarah yang selama nie kita cedok bulat-bulat dari HIS STORY (Cerita
dia ak.a cerita rekaan demi kepentingan) sahaja?? Dari bukti-bukti yang
dijumpai ini..... Secara kesimpulan awalnya..... Kebanyakan ahli
arkeologi yang bebas dari cengkaman kuasa dunia sependapat.....Atlantis
terletak di Nusantara!!
Benar atau tidak.....wallahuallam....
Tapi kalau dilihat dari bukti yang asas.... Sememangnya kawasan
Nusantara nie sudah dikenali sejak zaman berzaman.... Golden Chersonese
la.... Tanah Dewa-dewa la... Ada satu kisah sejarah yang mungkin tidak
popular di kalangan anak-anak muda sekarang nie.... Kisah Raja
Perahu.... sape tau? :) Ia berkisar kisah awal penduduk di nusantara
yang sejak dulu lagi terkenal dengan ilmu maritim nyer.... Ermmm.....
Pasal hutan kita.... Sudah diiktiraf di dunia mengatakan bahawa hutan di
Nusantara adalah yang TERTUA di dunia! Ermmm.... apa lagi.... Berkenaan
tumbuh-tumbuhan asal Nusantara... Kebanyakan tumbuhan yang dijadikan
bahan asas seperti kemenyan dan serai..asalnya dari Nusantara! Banyak
lagi bukti yang selalu di depan mata tapi kita tak perasan...sebab kita
tak ambik berat pasal sejarah asal kita yang menarik dan gah di mata
masyarakat dunia.....Cuma kita jer merendah-rendahkan tempat
sendiri...Kenapa yer?
Sebelum aku mengakhiri entri nie....
Satu lagi klu yang mungkin menjadi tanda tanya banyak pihak pengkaji....
Kata-kata Hang Tuah, "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA".... Dipercayai
kata-kata tiu ada maksud di sebaliknya.... Menerangkan akan asal-usul
melayu dan kehebatan melayu.... Semoga dapat mencetuskan satu perasaan
ingin tahu.....Selamat Mengkaji...:)
0 komentar:
Posting Komentar